internet

0
Pengenalan Kepada Internet

4.1       Maksud Internet


Internet atau Net adalah rangkaian komputer yang terbesar di dunia yang menghubungkan berjuta-juta komputer di seluruh dunia.  Kebanyakkan organisasi termasuk agensi kerajaan, swasta, institusi pendidikan dan individu yang telah disambungkan ke Internet.


4.2       Perkhidmatan Internet

Manusia menggunakan pelbagai alasan dalam menggunakan internet  seperti komunikasi, pembangunan dan penyelidikan, perbankan dan pelaburan, perdagangan atas talian, organisasi informasi, peribadi, hiburan, berkongsi  maklumat aplikasi web, muat turun video, emel, berbual secara dalam talian (chatting) dan lain-lain.

Pembekal perkhidmatan internet merujuk kepada organisasi yang membekalkan pengguna dengan capaian internet dan khidmat-khidmat yang berkaitan. Pada awalnya, pembekal perkhidmatan Internet  merupakan syarikat telefon. Kini, sesiapa sahaja yang mempunyai wang dan kepakaran boleh melakukannya. Di Malaysia, terdapat beberapa ISP yang menyediakan perkhidmatan internet kepada pengguna. Antaranya ialah TMNet, Jaring, Maxis, Celcom, Digi, P1WiMax dan Yes.
4.3       Pengkelasan Laman Web
Pada asalnya laman web hanya merupakan laman bermaklumat  yang berasaskan teks sahaja.  Laman web pada masa itu berfungsi untuk mendapatkan maklumat dan informasi.  Sekarang dengan adanya World Wide Web atau Internet maka wujudnya laman web dari pada pelbagai jenis dan  kategori.  Terdapat 13 jenis laman web dan ada yang jenis hibrid.


4.4       Penerangan Url

Setiap laman web mempunyai alamatnya sendiri yang dikenali sebagai URL (Uniform Resoure Locator) seperti berikut:


https://www.google.com.my/#q=entertainment+sites
http://www.upsi.edu.my/en
http://www.jpa.gov.my/index.php?lang=ms

Perbezaan HTTP dengan HTTPS

Hypertext Transfer Protocol (HTTP) ialah rangkaian komunikasi yang biasa digunakan pada laman web seperti blog yang tidak melibatkan pemindahan maklumat sulit seperti kad kredit. Hypertext Transfer Protocol Secure (HTTPS) pula bekerja dengan SSL di mana SSL Digital Certificate perlu dipasang ke web server terlebih dahulu sebelum menggunakan HTTPS.  Biasanya HTTPS digunakan pada laman web yang melibatkan pemindahan maklumat sensitif ke web server. Contohnya laman web perbankan atas talian, e-mel, dan laman web e-dagang (e-commerce). Kebiasaannya HTTPS dijual oleh penyelia web hosting.  SSL Digital Certificate yang termurah di pasaran adalah Rapid SSL dan sesuai digunakan pada laman e-dagang.

Sekiranya laman web meminta memasukkan maklumat kad kredit anda pastikan alamat tersebut bermula dengan https:// tetapi sekiranya tidak jangan masukkan demi keselamatan anda.


4.5 Perbezaan Web 1.0, Web 2.0 Dan Web 3.0 (Semantic Website)

1      Web 1.0

Web 1.0 merupakan teknologi web generasi pertama yang merupakan revolusi baru di dunia internet kerana telah mengubah cara kerja dunia industri dan media. Pada dasarnya, laman web (website) yang dibangun pada generasi pertama ini secara umum dikembangkan untuk pengaksesan informasi dan memiliki sifat yang sedikit interaktif. Pada era Web 1.0, apabila anda membuka internet browser dan mulai mencari informasi, anda akan dapati teknologi bagaikan sebuah buku raksasa, iaitu anda harus mencari halaman demi halaman untuk menemukan informasi tersebut.

2      Web 2.0

Istilah Web 2.0 pertama kalinya diperkenalkan oleh O’Reilly Media pada tahun 2004 sebagai teknologi web generasi kedua yang memberi kemudahan interaksi yang lebih bebas antara satu dengan lain seperti kolaborasi dan kongsi  informasi secara dalam talian. Contoh Web 2.0 ialah youtube, wiki, flickr, facebook, word processing, spreadsheeting, free web-based, online banking dan e-mel. Pada era Web 2.0, anda boleh membuka internet browser dan mencari informasi, anda dapat berkongsi maklumat, berkomunikasi dan bertukar fikiran dengan pengguna internet yang lain. Informasi yang diperolehi adalah lebih lengkap. Contohnya,sebelum ini ensiklopedia.com menyajikan semua informasi yang anda perlukan.  Namun kini, wikipedia.com menyajikan seluruh pengetahuan yang anda ketahui kepada orang lain. Selain itu, setiap orang boleh menyumbangkan idea dan pengetahuan mereka pada laman tersebut dan menjadikan informasi semakin padat dan lengkap.

3      Web 3.0

Menurut John Markoff (2006), terdapat konsep web masa depan di mana arah perkembangan teknologi web selanjutnya melebihi Web 2.0, iaitu Web 3.0.  Konsep Web 3.0 adalah smart internet experience atau intelligent internet experience. Menurut Nova Spivack perkembangan Web 3.0 akan berkisar pada tahun 2010-2030. Beliau ialah pakar dan perintis dalam bidang Semantic Web. Semantic Web adalah salah satu komponen atau syarat paling penting dari konsep web 3.0. Era Web 3.0 Semantic Web adalah website yang dilengkapi dengan ciri komputer yang dapat berfikir. Namun melalui Semantic Web diharapkan komputer dapat menggantikan peranan manusia untuk “berfikir, menganalisis dan menentukan” informasi yang sedang dicari.  Contohnya, apabila anda mencari perkataan “kuda”, anda akan memperoleh semua informasi/data biologi tentang spesies kuda termasuk mainan berbentuk kuda, DVD tentang kuda dan pelbagai maklumat berkaitan kuda.


0 comments: